BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010

KetenanGan yanG di cari...

Pada mulanya aku ragu untuk menyongsong badai taufan untuk mencari sebuah ketenangan..
Namun detik ini aku sadari yang taufan yang datang itu tidaklah seteruk mana...
Kadang-kadang badai itu boleh menjadi kawan baik kepada kita kerana yang pasti ianya membawa seribu pangalaman yang bermakna buat hidup ini...

Hari ini, aku nekad memperjuangkan hak aku...biarpun dia tidak merestuinya, namun sampai bila lagi harus ku biarkan jiwa ini sengsara dalam keraguan.
Keraguan yang bersarang ini mengusik kepercayaan aku terhadapnya yang kekadang kian rapuh dek waktu..

Untuk dirinya yang teraniaya, aku mohon maaf kerana bukan aku berniat untuk bongkarkan semua ini..
Cuma aku tak mahu kalau semakin lama ribut ini berterusan, makin terluka dan parah jiwanya...

Aku wanita, dia juga wanita...aku faham..kerana kita wanita biase yang ingin jadi luar biasa....
Biarlah semua yang berlaku hari ini memberi ketenangan kepada semua...

Tuesday, April 13, 2010

Perjalanan ini..


Liku-liku kehidupan amat payah untuk kita jalani...ibarat menyonsong arus deras yang tidak diketahui arahnya...kalau gagah kaki untuk melangkah, sampailah kita ke tempat yang dituju...jika lemah kaki kita, maka rebahlah seketika kemudian bangun lagi...

Ada cerita tentang kekecewaan, ada tentang tangisan, ada tentang penyelasalan, ada tentang cinta dan harapan, ada tentang kehilangan dan tentang semua itulah yang di namakan perjalanan sebuah kehidupan...kehidupan yang kadang-kadang tidak mahu kita jalani...tapi itulah ketentuan. Kronologi kehidupan yang sukar ditafsir..ada kala di atas dan kadang-kala di bawah..kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka..

Ceritera kehidupan ini sungguh berwarna warni...setiap detik, pasti ada yang menjanjikan suka duka. Apatah lagi kita sebagai hamba yang tidak sekuat mana.Doa, harapan dan usaha menjadi batu loncatan untuk kita terus hadapi hidup ini. Hidup ini dengan izinNya dan Mati itu Pasti...

Tuesday, April 6, 2010

sAsterA n kEhidupAn..

Zaman sains dan teknologi kini menjadikan masyarakat semakin meminggirkan kesusasteraan. Kesusateraan sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita sama ada kita sedar atau tidak. Namun, masyarakat kini terutama golongan belia tidak sedar tentang kewujudan sastera sekalipun dalam silibus bahasa melayu yang diajarkan di sekolah ada diselitkan tentang kesusasteraan. Bagi pelajar, mereka hanya mempelajari kesusasteraan hanya untuk lulus peperiksaan tanpa mendalami maksud tersurat dan tersirat dalam pelajaran tersebut. Kesusasteraan merupakan satu bidang yang telah lama wujud seiring dengan kemajuan teknologi. Kalau di Eropah, sastera di agug-agungkan..kenapa di Malaysia, masyarakat tidak mahu malah ada yang malu untuk mendekati sastera. Kebanyakan pemikiran masyarakat hari ini telah dikonkrit oleh perkembangan sains dan teknologi dan menyebabkan kesusateraan semakin terpinggir dan dilupakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, sastera sebenarnya cerminan kehidupan manusia seharian. Apa yang ada dalam sastera, itulah sebenarnya yang berlaku pada masyarakat hari ini. Sebagai contoh dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul-tunggul Gerigis. Apa yang diceritakan dalam novel tersebut sebenarnya benar-benar berlaku dalam mayarakat melayu dulu. Malah, mungkin ada jalan ceritanya sama dengan masyarakat kini.

Sastera juga tidak menumpukan alam bawah sedar untuk menghasilkan karya seperti novel dan puisi. Tetapi, melalui pemikiran yang waras dan kajian terperinci. Banyak hasil sastera kini mengandungi unsur psikologi untuk membolehkan pembacanya berfikir selain khayal dengan karya tersebut. Unsur metafizik juga ada diterapakan agar manusia tidak lupa Penciptanya.

Banyak yang ingin dikongsikan tentang sastera, tapi setakat hari ini, ini saja yang mampu...jumpe lagi next p0st...willbe back!!!yeehhuuuu~~~

Thursday, March 11, 2010

haTi vS cinTa

Jangan sekali-kali mencintai sesuatu secara berlebihan kerana yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tidak pernah padam.Seorang Islam akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluhan,kesedihan dan kerinduan.Begitu pulalah ketika ia dapat mengatasi keterasingan,kesunyian dan keterpisahan yang dikeluhkan para pujangga.Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

"Dengan yang demikian,bagaimana fikiranmu(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya :tuhan yang dipatuhinya,dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya.(bahawa ia tetap kufur ingkar),dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya,serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?"

(Surah Al-Jathiyah:23)

Sunday, February 7, 2010

Cinta....

Amat perit rasanya membicarakan tentang Cinta Manusia...
Aku baru rasa bagaimana ditipu oleh seseorang yang amat aku sayang...
Tipulah kalau aku kata bende tu tak menyakitkan...amat sakit sekali..perit sangat...tp entahlah...mata ini dah puas menangis...hari ini dah puas sakit...
Aku tak sangka, orang yang paling aku percayai dalam dunia ni menyakitkan ati aku...huh...peritt...
Ermmm...tp nilah kehidupan...mengajar aku erti keinsafan...sakit memang sakit...tp entahlah...aku baru ingin mula merasakan cinta...tp inilah kehidupan...
Buat aku makin tabah dan KURANG mempercayai cinta...
Bagi aku sekarang, LOVE IS NOT TOO LOVE....
Yeala...walaupon cinta, tp jangan terlalu cinta...kerana bila cinta di lukai...
Rasanya perit dan tak terperi...
Tapi, setiap manusia ada silapnya...mungkin dia sendiri tidak sedari...
Dan...setiap manusia juga berhak mendapat peluang ke-2 dalam hidupnya..
Ya, mungkin ini yang aku sedang lakukan sekarang...bagi peluang ke-2 padanya...
Dia berhak...
Dan aku tak nafikan juga, dia berhak mendapat apa yang terbaik bagi dirinya....
Dan aku juga redha sekiranya aku BUKANLAH yang terbaik bagi dia...
Kerana aku juga insan biasa...banyak kelemahan..banyak kekurangan..
Aku redha dan aku sanggup lepaskan andai ade yang terbaik buat dirinya...
Biarlah aku lepaskan cinta dunia andai aku tidak berhak untuk itu semua...

Sunday, January 31, 2010

Jangan Pernah Berubah---

Lagu ni best gak...aku dengar lagu ni time otw pi gua musang ari2...trus aku set lam kpala n search lam tenet...hak3...best nih kalo leh burn lam cd n pasang lam kreta...hik3...layan lagu sambil layan stereng...wakakaka...pe2 pon layanzz je la...


ST 12 - JANGAN PERNAH BERUBAH

muzhafar | MySpace Video

ST12 – Jangan Pernah Berubah

biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
 
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
repeat *

repeat reff
jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya

Tuesday, January 26, 2010

KHATIMAH CINTA...

Lagu yang bEst sangat...walaupn lirik die pendek jek, but penuh pengertian...vocalist die ade suare yg ckup best n sesuai degan lagu...ceewahh...mcm komentor Akademi Fantasia pulok...hahaha...but, time sayu2 lagu ni gak aku layan..so..same2 share n layaNzzz~~~


khatimah cinta

nia | MySpace Video


6ixth Sense - Khatimah Cinta Lirik Lagu

Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam


Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi


Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati


Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu


Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi


Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…


Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi....