BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010

KetenanGan yanG di cari...

Pada mulanya aku ragu untuk menyongsong badai taufan untuk mencari sebuah ketenangan..
Namun detik ini aku sadari yang taufan yang datang itu tidaklah seteruk mana...
Kadang-kadang badai itu boleh menjadi kawan baik kepada kita kerana yang pasti ianya membawa seribu pangalaman yang bermakna buat hidup ini...

Hari ini, aku nekad memperjuangkan hak aku...biarpun dia tidak merestuinya, namun sampai bila lagi harus ku biarkan jiwa ini sengsara dalam keraguan.
Keraguan yang bersarang ini mengusik kepercayaan aku terhadapnya yang kekadang kian rapuh dek waktu..

Untuk dirinya yang teraniaya, aku mohon maaf kerana bukan aku berniat untuk bongkarkan semua ini..
Cuma aku tak mahu kalau semakin lama ribut ini berterusan, makin terluka dan parah jiwanya...

Aku wanita, dia juga wanita...aku faham..kerana kita wanita biase yang ingin jadi luar biasa....
Biarlah semua yang berlaku hari ini memberi ketenangan kepada semua...

Tuesday, April 13, 2010

Perjalanan ini..


Liku-liku kehidupan amat payah untuk kita jalani...ibarat menyonsong arus deras yang tidak diketahui arahnya...kalau gagah kaki untuk melangkah, sampailah kita ke tempat yang dituju...jika lemah kaki kita, maka rebahlah seketika kemudian bangun lagi...

Ada cerita tentang kekecewaan, ada tentang tangisan, ada tentang penyelasalan, ada tentang cinta dan harapan, ada tentang kehilangan dan tentang semua itulah yang di namakan perjalanan sebuah kehidupan...kehidupan yang kadang-kadang tidak mahu kita jalani...tapi itulah ketentuan. Kronologi kehidupan yang sukar ditafsir..ada kala di atas dan kadang-kala di bawah..kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka..

Ceritera kehidupan ini sungguh berwarna warni...setiap detik, pasti ada yang menjanjikan suka duka. Apatah lagi kita sebagai hamba yang tidak sekuat mana.Doa, harapan dan usaha menjadi batu loncatan untuk kita terus hadapi hidup ini. Hidup ini dengan izinNya dan Mati itu Pasti...

Tuesday, April 6, 2010

sAsterA n kEhidupAn..

Zaman sains dan teknologi kini menjadikan masyarakat semakin meminggirkan kesusasteraan. Kesusateraan sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita sama ada kita sedar atau tidak. Namun, masyarakat kini terutama golongan belia tidak sedar tentang kewujudan sastera sekalipun dalam silibus bahasa melayu yang diajarkan di sekolah ada diselitkan tentang kesusasteraan. Bagi pelajar, mereka hanya mempelajari kesusasteraan hanya untuk lulus peperiksaan tanpa mendalami maksud tersurat dan tersirat dalam pelajaran tersebut. Kesusasteraan merupakan satu bidang yang telah lama wujud seiring dengan kemajuan teknologi. Kalau di Eropah, sastera di agug-agungkan..kenapa di Malaysia, masyarakat tidak mahu malah ada yang malu untuk mendekati sastera. Kebanyakan pemikiran masyarakat hari ini telah dikonkrit oleh perkembangan sains dan teknologi dan menyebabkan kesusateraan semakin terpinggir dan dilupakan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, sastera sebenarnya cerminan kehidupan manusia seharian. Apa yang ada dalam sastera, itulah sebenarnya yang berlaku pada masyarakat hari ini. Sebagai contoh dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul-tunggul Gerigis. Apa yang diceritakan dalam novel tersebut sebenarnya benar-benar berlaku dalam mayarakat melayu dulu. Malah, mungkin ada jalan ceritanya sama dengan masyarakat kini.

Sastera juga tidak menumpukan alam bawah sedar untuk menghasilkan karya seperti novel dan puisi. Tetapi, melalui pemikiran yang waras dan kajian terperinci. Banyak hasil sastera kini mengandungi unsur psikologi untuk membolehkan pembacanya berfikir selain khayal dengan karya tersebut. Unsur metafizik juga ada diterapakan agar manusia tidak lupa Penciptanya.

Banyak yang ingin dikongsikan tentang sastera, tapi setakat hari ini, ini saja yang mampu...jumpe lagi next p0st...willbe back!!!yeehhuuuu~~~